Alat-alat Optik - Teleskop Astronomi

Astronomical Telescope


  1. Teleskop merupakan suatu alat yang digunakan untuk melihat objek yang jauh seperti planet dan bintang di angkasa lepas.
  2. Teleskop, terdiri daripada dua kanta penumpu iaitu kanta objektif dan kanta mata seperti Rajah di atas.
  3. Kanta objektif terletak di bahagian depan objek sementara kanta mata adalah di bahagian. belakang kanta objektif.
  4. Kanta objektif adalah kanta yang berjarak fokus panjang, sementara kanta mata adalah kanta berjarak fokus pendek. (fo > fm )
  5. Sinaran cahaya. yang selari dari objek yang terletak di infiniti difokuskan oleh kanta objektif dan membentuk satu imej I1 di titik fokusnya.
  6. Imej I1 juga terletak pada titik fokus kanta mata dan bertindak sebagai objek bagi kanta mata.
  7. Pembesaran yang tinggi dapat diperoleh dengan menambahkan kuasa kanta mata dan merendahkan kuasa kanta objektif.
  8. Imej akan kelihatan lebih terang sekiranya diameter kanta objektif dibesarkan kerana lebih banyak cahaya. akan dibenarkan masuk ke dalam. teleskop.

Ringkasan

Kanta objektif: Kuasa rendah 
Kanta mata: Kuasa lebih tinggi 

Kedudukan objek: Di infiniti 
Sifat imej, I1: Nyata, songsang dan diperbesarkan 

Kedudukan imej, I1: Di fokus utama kanta objek, fo
Sifat imej, I2: Maya, songsang dan saiznya lebih kecil. 

Jarak di antara kedua-dua kanta
  1. Jarak antara kanta objek dan kanta mata dalam teleskop astronomi adalah sama dengan jumlah panjang fokus (fo + fe).
  2. Sekiranya jarak antara kedua-dua kanta lebih besar daripada (fo + fe), tidak ada imej yang dapat diperhatikan.
  Pembesaran teleskop astronomi

m = pembesaran 

fo = panjang fokus kanta objektif 

fm = panjang fokus kanta mata