Alat-alat Optik - Projektor

Projector

3. Rajah di atas menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam projektor slaid.
4. Sumber cahaya yang kecil tetapi berkuasa tinggi digunakan. dalam, projektor.
5. Sistem kondenser yang terdiri daripada dua kanta plano-cembung digunakan untuk mendapat imej yang jelas di atas skrin.
6. Kanta projektor itu mestilah boleh diubahsuaikan supaya. ia boleh memfokuskan imej yangjelas di atas skrin.
7. Slaid mesti diletakkan dalam keadaan tersongsang supaya. imej yang tegak terhasil di atas skrin.

Struktur dan Fungsi

Mentol
  1. Mentol kecerahan tinggi digunakan.
  2. Mentol mesti diletakkan di pusat lengkung bagi cermin cekung.
Cermin cekung
  1. Fungsi cermin cekung adalah untuk memantul dan memfokus cahaya yang memancar ke arah kondenser.
  2. Ini adalah untuk meningkatkan kecerahan gambar.
Kondenser
  1. Kondensor terdiri daripada dua kanta Plano-cembung.
  2. Fungsi kondensor adalah memfokuskan semua cahaya yang mencerahkan seluruh bahagian slaid.
  3. Ia juga berfungsi sebagai penebat haba untuk menghalang haba dari mentol supaya ia tidak merosakkan slaid.
Slaid
  1. Slaid bertindak sebagai objek.
  2. Ia terletak pada jarak antara f dan 2f dari kanta projektor sehingga gambar yang dihasilkan adalah nyata dan diperbesarkan.
  3. Slaid sengaja diletakkan terbalik supaya imej terbentuk di skrin kelihatan tegak.
Kanta Projektor
  1. Kanta projektor menayang dan memfokus imej di skrin yang terletak beberapa meter jauhnya.
  2. Ia dapat diselaraskan untuk memfokuskan imej yang tajam di atas skrin.
Imej Imej yang dihasilkan adalah
  1. Nyata (ia terbentuk di skrin)
  2. Diperbesarkan
  3. Songsang (Oleh kerana slaid diletakkan terbalik, maka gambar kelihatan tegak)