- Skala Kelvin juga dikenal sebagai skala suhu mutlak.
- Suhu suhu pada skala Kelvin dikenal sebagai suhu mutlak.
- Unit bagi suhu mutlak ialah kelvin (K).
- Sifar mutlak ialah suhu di mana tenaga termanya adalah minimum. Ia ialah titik sifar bagi skala Kelvin, atau –273° C bagi skala Celcius.
- Jika suhu pada skala Celsius adalah θ° C, maka suhu T pada skala Kelvin adalah: T = (θ + 273) K
Contoh:
25°C = 273 + 25 = 298 K
100°C = 273 + 100 = 373 K