Muatan Haba

  1. Muatan haba ialah satu pengukuran tentang kebolehan sesuatu objek menyimpan tenaga haba apabila suhunya berubah.
  2. Ia adalah kuantiti haba yang diperlukan untuk mengubah suhu satu objek sebanyak 1°C.
  3. Objek yang mempunyai muatan haba yang tinggi memerlukan lebih banyak tenaga untuk mengubah suhunya sebanyak 1 unit (iaitu 1K, 1°C atau 1°F).
  4. Contohnya, jika muatan haba satu objek ialah 800J/°C , maka 800J tenaga haba deperlukan untuk mengubah suhu objek itu sebanyak 1°C.
  5. Dalam bentuk matematik, muatan haba diwakili oleh persamaan
  6. Unit SI bagi muatan haba ialah Joules per Kelvin (J/K).
  7. Muatan haba suatu objek bergantung kepada jenis bahan dan juga jisim objek. Muatan haba bagi objek yang mempunyai jisim yang besar adalah tinggi.