Haba pendam ialah jumlah tenaga yang diserap atau dibebaskan oleh sesebuah bahan kimia sewaktu pertukaran keadaan/fasa tanpa mengubah suhunya.
- Apabila satu pepejal melebur, tenaga haba diserap tetapi suhu pepejal adalah tetap.
- Apabila satu cecair mendidih, tenaga haba juga diserap tetapi suhunya kekal pada takat didih.
- Tenaga haba yang diserap/dibebaskan semasa perubahan keaadaan dikenali sebagai haba pendam.
- Haba pendam ialah jumlah tenaga yang diserap atau dibebaskan oleh sesebuah bahan kimia sewaktu pertukaran keadaan/fasa tanpa mengubah suhunya.
- Tenaga haba yang diserap semasa peleburan atau dibebaskan semasa pembekuan dinamakan sebagai haba pendam pelakuran.
- Tenaga haba yang diserap semasa pengewapan atau dibebaskan semasa kondensasi dinamakan sebagai haba pendam pengewapan.