Prinsip Keapungan


  1. Prinsip keapungan menyatakan bahawa apabila satu objek terapung di atas permukaan satu cecair, berat cecair yang disesarkan oleh objek itu adalah sama dengan berat objek.
  2. Mengikut prinsip Archimedes, berat cecair yang disesarkan oleh objek adalah sama dengan daya tujahan.
  3. Seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas, jika satu objek terapung di atas permukaan air, mengikut prinsip keapungan, berat objek diimbangi oleh daya tujahan.
  4. Jika berat objek > Daya tujahan, objek itu tenggelam ke dalam cecair..

Nota

  1. Isi padu cecair disesarkan = Isi padu bahagian objek yang terendam di dalam cecair.
  2. Jika berat objek  > daya apungan, objek akan tenggelam ke dalam cecair
  3. Jika berat objek  = daya apungan, objek itu terapung di atas permukaan cecair.