Tekanan di Dalam Cecair - Salur U


  1. Biasanya, salur-U digunakan untuk membanding dan mengukur ketumpatan cecair.
  2. Jika dua cecair yang tidak terlarut antara satu sama lain dimasukkan ke dalam satu salur-U (Seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas ), ketumpatan kedua-dua cecair di hubung kait oleh persamaan berikut
 h 1 ρ 1 = h 2 ρ 2

Contoh 1:

Rajah di atas menunjukkan satu salur -U yang diisi dengan air dan cecair P. Cecair P tidak terlarut di dalam air. Diberi bahawa ketumpatan air ialah 1000kg/m³, cari ketumpatan cecair P.

Jawapan:
h1 = 10cm
h2 = 12 cm
ρ1 = 1000kg/m³
ρ2 = ? h 1 ρ 1 = h 2 ρ 2 (10)(1000)=(12) ρ 2 ρ 2 = 10000 12 =833kg m 3 

The density of liquid P = 833 kg/m³

Contoh 2:

Rajah di atas menunjukkan salur-U diisi dengan 2 jenis cecair X dan Y yang tidak terlarut antara satu sama lain. Jikan ketumpatan X dan Y masing-masing ialah 1200 kg/m³ dan 800 kg/m³ , cari nilai h.

Jawapan:
h1 = 10cm
h2 = h
ρ1 = 800kg/m³
ρ2 = 1200kg/m³

h 1 ρ 1 = h 2 ρ 2 (10)(1200)=h(800) h= 12000 800 =15cm