Daya-daya Dikenakan Ke Atas Objek Terbenam Di Dalam Air

Untuk menyelesaikan masalah yang berhubungkait dengan objek terbenam di dalam air, adalah penting bagi anda mengetahui daya-daya yang dikenakan ke atas objek dalam keadaan yang berlainan.


Kes 1:
  1. Ketumpatan objek lebih rendah daripada ketumpatan cecair, oleh itu objek itu terapung di atas permukaan cecair.
  2. Daya-daya yang dikenakan ke atas objek termasuk
    1. berat objek (W)
    2. daya tujahan (F)
Kedua-dua daya ini adalah dalam keseimbangan, maka

F = W

Kes 2:
  1. Ketumpatan objek lebih tinggi daripada cecair. Oleh itu, objek tenggelam ke dasar bekas.
  2. Apabila objek itu merehat di atas dasar cecair, terdapat satu tindak balas normal bertindak ke atas objek itu.
  3. Daya-daya yang bertindak ke atas objek itu ialah
    1. berat objek (W)
    2. daya tujahan (F)
    3. tindak balas normal (R)
Ketiga-tiga daya itu dalam  keseimbangan, oleh itu

F + R = W

Kes 3:
  1. Ketumpatan objek lebih tinggi daripada cecair. Objek digantung pada satu tali supaya ia tidak tenggelam ke dasar bekas.
  2. Terdapat satu daya tegangan pada tali yang bertindak ke atas.
  3. Daya-daya yang bertindak ke atas objek itu ialah
    1. berat objek (W)
    2. daya tujahan (F)
    3. daya tegangan tali (T)
  4. Ketiga-tiga daya itu dalam  keseimbangan, oleh itu
F + T = W

Kes 4:
  1. Ketumpatan objek lebih rendah daripada ketumpatan cecair, dan objek itu diikat pada satu benang supaya ia tidak terapung di atas permukaan air.
  2. Tali itu mengenakan satu daya tegangan ke atas objek.
  3. Daya-daya yang dikenakan ke atas objek termasuk
    1. berat objek (W)
    2. daya tujahan (F)
    3. daya tegangan tali (T)
  4. Ketiga-tiga daya ini adalah dalam keseimbangan, maka
F = W + T