Kerja Dilakukan Oleh/Menentang Daya Graviti

Kerja yang Dilakukan Oleh/Menentang Daya Graviti

Contoh:
Ranjit menaiki satu tangga yang mempunyai  35 anak tangga. Setiap anak tangga mempunyai tinggi 15cm. Diberi bahawa jisim Ranjit ialah 45kg, cari kerja yang dilakukan oleh Ranjit untuk menaiki tangga itu..

Jawapan:
Dalam kes ini, Ranjit melakukan kerja menentang graviti.
Jisim Ranjit = 45kg
Ketinggian menegak gerakan Ranjit, h = 35 × 0.15m
Kekuatan medan graviti, g = 10 ms-2
Kerja yang dilakukan, W = ?
W = mgh = (45)(10)(35 × 0.15) = 2362.5J