Satah Condong

Satah Condong

Komponen berat yang selari dengan satah = Wsinθ.
Komponen berat yang berserenjang dengan satah = Wcosθ.

Contoh:

Sebuah bongkah berjisim 2 kg ditarik sepanjang satu satah condong yang bersudut 30° dengan lantai yang mengufuk  Diberi bahawa magnitud daya tarikan ialah 20N dan daya geseran di antara bongkah dan satah condong ialah 2N, cari magnitud komponen daya paduan yang selari dengan satah yang dikenakan ke atas bongkah itu.

Jawapan:

Seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas,

Daya tarikan dikenakan ke atas bongkah, F = 20N
Daya geseran Fgeseran = 2N
Komponen berat yang selari dengan satah = 20sin30° = 10N

Oleh itu, daya paduan yang selari dengan satah = 20 - 2 - 10 = 8N