Fenomena Berhubung Kait Dengan Muatan Haba Tentu - Iklim Sederhana
- Sesetengah tempat yang berdekatan dengan tasik dan laut mempunyai iklim yang sederhana.
- Ini adalah kerana air mempunyai muatan haba tentu yang tinggi.
- Pada siang hari di mana cuaca adalah panas, air tasik/laut menyerap haba dari sekeliling. Ini dapat membantu mengurangkan suhu sekeliling.
- Pada masa malam yang sejuk, air tasik/laut membebaskan haba ke persekitaran. Ini dapat mengelakan pengurang suhu yang terlalu tinggi.
- Akibatnya, tempat yang berhampiran dengan tasik/laut mengalami perubahan suhu harian yang rendah, iaitu iklim yang sederhana.