Aplikasi Muatan Haba Tentu - Bumbung Kilang yang Rendah
- Sesetengah kilang yang tiada mesin besar mempunyai bumbung yang rendah. Ini adalah untuk mengurangkan isi padu udara di dalam bangunan.
- Jika isi padu udara adalah lebih rendah, maka jisim udara juga rendah. Ini dapat mengurangkan muatan haba bagi udara di dalam bangunan.
- Hakikatnya, kuantiti haba yang perlu disingkirkan untuk mengurangkan suhu di dalam bangunan adalah lebih rendah.
- Ini dapat mengurangkan kos elektrik penghawa dingin dalam kilang.