- Haba ialah suatu bentuk tenaga. Simbol bagi haba ialah Q. Unit SI bagi haba ialah joule (J).
- Suhu ialah pengukuran purata tenaga kinetik bagi zarah-zarah yang terdapat di dalam satu jasad.
Tenaga Haba
- Haba ialah suatu bentuk tenaga. Simbol bagi haba ialah Q.
- Unit SI bagi haba ialah joule (J).
- Tenaga haba berpindah dari suatu jasad yang bersuhu tinggi ke suatu jasad yang bersuhu lebih rendah.
Suhu
- Suhu ialah suatu kuantiti fizik yang diguna untuk mengukur darjah kepanasan suatu jasad.
- Ia adalah pengukuran purata tenaga kinetik bagi zarah-zarah yang terdapat di dalam satu jasad.
- Satu jasad mempunyai suhu yang lebih tinggi jika purata tenaga kinetik bagi zarah-zarahnya lebih tinggi.
- Unit SI bagi suhu ialah Kelvin, K.
Beza di Antara Tenaga haba dan Suhu
Tenaga Haba
|
Suhu
|
Satu bentuk tenaga | Darjah kepanasan objek |
Unit: Joule (J) | Unit: Kelvin (K)/ Darjah Celsius (°C) |
Jumlah tenaga kinetik dan tenaga keupayaan zarah-zarah. | Purata tenaga kinetik zarah-zarah. |
Kuantiti Terbitan | Kuantiti asas |