- Di negara sejuk, radiator terma digunakan untuk memanaskan ruang di dalam bangunan.
- Air digunakan sebagai agen pemanas dalam radiator terma kerana ia mempunyai muatan haba tentu yang tinggi.
- Proses pemanasan adalah seperti berikut:
- Air panas dipamkan melalui paip logam ke radiator yang dipasang dalam bilik.
- Tenaga haba yang dibebaskan oleh paip radiator boleh memanaskan udara di rumah.
- Air sejuk dialirkan semula ke tangki air panas.
