Tenaga

  1. Tenaga ialah keupayaan suatu sistem untuk melakukan kerja.
  2. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Walau bagaimanapun, tenaga boleh diubah dari suatu bentuk ke bentuk yang lain.
  3. Apabila kerja dilakukan, perubahan tenaga juga berlaku.
  4. Tenaga ialah suatu kuantiti skalar. Oleh kerana kerja ialah sukatan perubahan tenaga, maka kerja juga merupakan suatu kuantiti skalar.

Prinsip Keabadian Tenaga

Prinsip keabadian tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh berubah dari suatu bentuk ke bentuk yang lain.