Lif

  1. Apabila seseorang berdiri di dalam sebuah lif, terdapt dua daya bertindak ke atasnya, iaitu
    1. beratnya, (W) yang bertindak ke bawah.
    2. tindakbalas normal (R), yang bertindak dalam arah bertentangan dengan berat.
  2. Bacaan penimbang adalah sama dengan tindakbalas normal.
  3. Rajah di bawah menunjukkan persamaan-persamaan yang digunakan untuk mengira bacaan penimbang pada situasi yang berlainan.


Contoh 1:
Subra sedang berdiri di atas penimbang di dalam sebuah lif. Diberi bahawa jisim Subra ialah 63kg, cari bacaan penimbang apabila lif itu,
  1. dalam keadaan pegun
  2. bergerak ke atas dengan halaju malar, 15 ms-1.,
  3. bergerak ke atas dengan pecutan seragam, 1 ms-2.
  4. bergerak ke atas dengan pecutan seragam, 2 ms-2.

Jawapan:
a.
W = mg
W = (63)(10) = 630N

b.
W = mg
W = (63)(10) = 630N

c.
R=mg+ma R=(63)(10)+(63)(1) R=693N
d.
R=mgma R=(63)(10)(63)(2) R=504N

Contoh 2:
A 54kg boy is standing in an elevator. Find the force on the boy's feet when the elevator
  1. dalam keadaan pegun
  2. bergerak ke bawah dengan halaju malar of 3 m/s
  3. bergerak ke bawah dengan nyahpecutan seragam 4.0 m/s2
  4. bergerak ke atas dengan nyahpecutan seragam 2.0 m/s2.

Jawapan:
a.
W = mg
W = (54)(10) = 540N

b.
W = mg
W = (54)(10) = 540N

c.
R=mg+ma R=(54)(10)+(54)(4) R=756N
d.
R=mgma R=(54)(10)(54)(2) R=432N