Momentum

Momentum

  1. Momentum ditakrifkan sebagai hasil darab jisim dan halaju.
  2. Momentum ialah satu kuantiti vektor. Ia mempunyai magnitud dan arah.
  3. Unit S.I. bagi momentum ialah kgms-1

Formula:


Contoh:
Seorang pelajar melepas sebiji bola berjisim 2kg dari ketinggian 5m. Berapakah momentum bola itu sejurus sebelum terhempas ke atas lantai?

Jawapan:
Untuk mencari momentum, kita perlu tahu jisim dan halaju bola itu sejurus sebelum ia terhempas di atas lantai.

Diberi bahawa jisim bola, m = 2kg.

Halaju bola tidak diberi secara langsung. Bagaimanapun, kita boleh menentukan halaju bola dengan menggunakan persamaan gerakan dengan pecutan seragam.

Ini ialah gerakan jatuh bebas,
Halaju awal, u = 0
Pecutan, a = pecutan graviti, g = 10ms-2
Sesran, s = ketinggian = 50m.
Halaju akhir = ?

Dengan menggunakan persamaan
v2 = u2 + 2as
v2 = (0)2 + 2(10)(5)
v = 10ms-1

Momentum bola
p = mv =(2)(10) = 20 kgms-1