Aplikasi-aplikasi Prinsip Keabadian Momentum

Rocket

  1. Bahan api campuran hydrogen dan oksigen dibakar di dalam kebuk pembakaran.
  2. Gas ekzos dipaksa keluar dengan halaju yang amat tinggi.
  3. Gas ekzos berhalaju tinggi ini menghasilkan momentum tinggi ke belakang.
  4. Pada masa yang sama, satu momentum yang sama magnitud, tetapi ke arah depan dihasilkan ke atas roket, menyebabkan roke bergerak ke hadapan.

Enjin Jet

  1. Udara disedut masuk dari hadapan enjin. Udara itu kemudian dimampatkan oleh kompresor.
  2. Udara termampat bercampur dengan bahan api dan disalurkan ke dalam kebuk pembakaran untuk dibakar.
  3. Gas ekzos yang dihasilkan dipancut keluar dengan halaju yang tinggi melalui enjin dan memutarkan sayap turbin. Turbin itu kemudian memutarkan kompresor.
  4. Gas ekzos berhalaju tinggi disingkir keluar melalui bahagian belakang jet menghasilkan momentum yang tinggi ke arah belakang.
  5. Process ini menghasilkan satu momentum yang tinggi ke hadapan dan menolak kapal terbang jet bergerak ke hadapan. 

Recommended Videos

How A Jet Engine Works





How a jet engine works