Perlanggaran Kenyal dan Perlanggaran Tak Kenyal

  1. Terdapat 2 jenis perlanggaran
    1. Perlanggaran kenyal.
    2. Perlanggaran tak kenyal
  2. Dalam perlanggaran kenyal, tenaga KINETIK diabadikan.
  3. Dalam perlanggaran tak kenyal, tenaga KINETIK tidak diabadikan.

Perlanggaran Kenyal

Perlanggaran kenyal ialah pelanggaran di mana jumlah tenaga kinetik dikekalkan selepas perlanggaran.

Jumlah tenaga kinetik sebelum perlanggaran
= Jumlah tenaga kinetik selepas penrlanggaran

Nota tambahan:
  • Dalam perlanggaran kenyal, kedua-dua objek terpisah sejurus selepas perlanggaran
  • Jumlah momentum diabadikan selepas perlanggaran
  • Jumlan tenaga diabadikan selepas perlanggaran
  • Jumlah tenaga KINETIK juga terabadi selepas perlanggaran.

Perlanggaran Tak Kenyal

Perlanggaran tak kenyal ialah pelanggaran di mana jumlah tenaga kinetik TIDAK dikekalkan selepas perlanggaran.

Nota tambahan:
  • Dalam perlanggaran tak kenyal, kedua-dua objek melekat (baik sementara atau kekal) sejurus selepas perlanggaran
  • Jumlah momentum diabadikan selepas perlanggaran
  • Jumlan tenaga juga diabadikan selepas perlanggaran

Contoh - Perlanggaran Tak Kenyal Sempurna
Sebuah lori bergerak berjisim 8000kg bergerak dengan halaju 30 ms-1. Lori itu kemuduan terlanggar sebuah kereta berjisim 1500kg yang bergerak dengan halaju 20 ms-1 dalam arah yang sama. Selepas perlanggaran, kedua kenderaan melekat bersama dan bergerak dengan halaju v. Cari manitud halaju, v.

Jawapan:
(PENTING: Apabila 2 objek melekat, mereka bergerak dengan halaju yang sama.)

m1 = 8000kg
m2 = 1500kg
u1 = 30 ms-1
u2 = 20 ms-1
v1 = v
v2 = v

Menurut prinsip keabadian  momentum,

m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2
(8,000)(30) + (1,500)(20) = (8,000)v+ (1,500)v
270,000 = 9500v
v = 28.42 ms-1