Graviti

Medan Graviti

Medan graviti ialah satu kawasan di mana objek di dalamnya akan mengalami daya tarikan graviti.

Kekuatan Medan Graviti

  1. Kekuatan medan graviti di satu titik di dalam satu medan ditakrifkan sebagai daya yang bertindak pada satu unit jisim (biasanya 1 kg) yang terletak di titik itu.
  2. Unit bagi kekuatan medan graviti ialah N/kg.
  3. Medan graviti diwakili oleh simbol "g". g= F m g = Kekuatan medan graviti
    F = Daya yang bertindak ke atas objek
    m = Jisim objek

Pecutan Graviti

  1. Pecutan graviti ialah pecutan sesuatu objek akibat daripada daya tarikan graviti merupakan satu-satunya daya yang dikenakan ke atas objek itu.
  2. Unit pecutan graviti ialah ms-2
  3. Pecutan graviti juga diwakili oleh simbol "g".

Nota Penting:

  1. Pecutan graviti tidak bergantung kepada jisim sesuatu objek.
  2. Dalam SPM, magnitud pecutan graviti dianggap 10ms-2.

    Kekuatan Medan Graviti dan Pecutan Graviti

    1. Kedua-dua kekuatan medan graviti dan pecutan graviti diwakili oleh simbol g dan mempunyai nilai yang sama (10ms-2) di permukaan bumi.
    2. Semasa mempertimbangkan gerakan objek mengalami jatuh bebas, simbol g yang digunakan merupakan pecutan graviti.
    3. Apabila mempertimbangkan objek pegun, simbol g yang digunakan merujuk kepada kekuatan medan graviti Bumi.

    Berat

    1. Berat satu objek ditakrifkan sebagai daya graviti yang dikenkan ke atas objek itu.
    2. Unit S.I. bagi berat ialah Newton (N).

    Perbezaan di Antara Berat dan Jisim

    Berat Jisim
    Magnitudnya bergantung kepada kekuatan medan graviti.Magnitudnya bebas daripada pengaruh kekuatan medan graviti.
    Kuantiti VektorKuantiti Skalar
    Unit: Newton (N)Unit: Kilogram (kg)