Graf Gerakan Jatuh Bebas
- Jatuh bebas ialah satu kejatuhan yang disebabkan oleh daya tarikan graviti tanpa kesan rintangan udara dan daya luaran.
- Pecutan bagi gerakan jatuh bebas adalah sentiasa malar.
- Di permukaan bumi, pecutan ini ialah 10ms-2, dan dinamakan sebagai pecutan graviti.
- Dalam SPM, anda perlu mengetahui graf gerakan jatuh bebas bagi gerakan-gerakan berikut:
- Meloncarkan objek ke atas
- Melepaskan objek dari kawasan tinggi.
- Objek jatuh di atas lantai dan melantun.
Meloncarkan Objek ke Atas
- Apabila anda melancarkan satu objek ke atas, halajunya berkurang pada kadar yang tetap, maka dalam graf halaju masa ia diwakili oleh satu garis lurus dengan kecerunan negatif.
- Sejak halajunya berkurang dengan kadar yang tetap, maka pecutannya adalah malar.
- Pecutannya adalah negatif kerana lajunya berkurang dalam arah positif.
- Oleh itu, dalam graf pecutan-masa, gerakan ini diwakili oleh satu garis mengufuk di dalam domain negatif.
Gerakan | Graf Halaju-Masa | Graf Pecutan-Masa |
 |  |  |
Melepaskan Objek dari Kawasan Tinggi
- Apabila satu objek dilepaskan dari satu kewasan tinggi, halajunya bertambah dengan kadar yang tetap.
- Oleh itu dalam graf halaju-masa ia diwakili oleh satu garis lurus dengan kecerunan positif.
- Oleh kerana halajunya bertambah dengan kadar yang malar, maka pecutannya adalah seragam.
- Pecutannya adalah positif kerana lajunya bertambah dan objek bergerak dalam arah positif.
- Oleh itu, dalam graf pecutan-masa, gerakan ini diwakili oleh satu garis mengufuk di dalam domain positif.
Gerakan | Graf Halaju-Masa | Graf Pecutan-Masa |
|
|
|
Objek Jatuh di atas Lantai Kemudian Melantun
Gerakan | Graf Halaju-Masa | Graf Pecutan-Masa |
 |  |  |