Ciri-ciri Keselamatan dalam Kenderaan

Zon Remuk


Zon remuk meningkatkan masa tindakbalas perlanggaran semasa berlakunya kemalangan.
Ini menyebabkan daya impuls dikurangkan seterusnya menurunkan risiko kecederaan.

Tali Pinggang Keledar


Menghalang penumpang daripada terhumban ke hadapan atau keluar ke kenderaan apabila kenderaan dihentikan dengan mendadak.

Beg Udara Automatik


Semasa berlakunya kemalangan, beg udara mengembang dan bertindak sebagai kusyen untuk mengurangkan daya impuls jika penumpang terhumban ke hadapan.

Penyandar Kepala


Mengurangkan kederaan leher pemandu atau penumbang terhumban ke belakang apabila kereta dilanggar dari belakang.

Cermin Anti Pecah dan Berselerak


Cermin anti pecah dan berselerak digunakan sebagai cermin depan kenderaan supaya ia tidak pecah kepada serpihan kecil jika berlakunnya kemalangan. Ini mengurangkan kecederaan yang disebabkan oleh serpihan kaca yang berselerak.

Dashboard Beralas Bahan Lembut


Dashboard ditutupi dengan bahan lembut. Ini dapat memanjangkan masa tindakbalas dan seterusnya mengurangkan daya impuls apabila penumpang terhentak ke atasanya.

Collapsible Steering Columns


The steering will swing away from driver’s chest during collision. This may reduce the impulsive force acting on the driver.

Sistem Mencegah Brek Terkunci (ABS)


Mengelakkan keperluan mengepam brek apabila hendak berhenti dengan tiba-tiba dan seretusnya mencegah
roda dari terkunci dan kereta tergelongsor.

Bumper


Diperbuat daripada bahan kenyal supaya ia boleh menyerap hentakan yang kecil apabila berlakunya perlanggaran.

Ruang Keselamatan Penumpang


Badan kereta dibuat daripada keluli yang kuat dan tidak medah remuk.
Ini dapat mengelakkan penumpang daripada terkena daya dari luar secara terus.