Pengukuran dan Ralat

Ralat Error

  1. Ralat ialah beza antara nilai sebenar bagi satu kuantiti fizik dan nilai yang didapati dalam pengukuran.
  2. Oleh kerana nilai kuantiti yang sebenar tidak diketahui, maka ralat yang sebenar juga tidak diketahui.
  3. Bagaimanapun, ralat satu ukuran biasanya dapat dianggar.
  4. Terdapat 2 jenis ralat utama
    1. Ralat bersistem 
    2. Ralat rawak

    English Notes:

    1. Error is the difference between the actual value of a quantity and the value obtained in measurement.
    2. There are 2 main types of error 
      1. Systematic Error 
      2. Random Error

    Ralat Bersistem Systematic Error

    1. Ralat bersistem ialah ralat yang cenderung untuk mengalihkan semua pengukuran secara bersistem sehingga nilai minnya tersesar daripada nilai sebenar.
    2. Ralat bersistem mengakibatkan semua bacaan yang diperoleh sama ada terlalu besar atau terlalu kecil.
    3. Ralat bersistem tidak dapat dihapuskan dengan mengambil purata terhadap beberapa bacaan yang diulang-ulang. Contoh ralat bersistem termasuk:
    4. Contoh-contoh ralat bersistem termasuk
      1. ralat sifar, iaitu bacaan bukan sifar alat pengukur apabila bacaan sebenar adalah sifar. 
      2. ketidaktepatan dalam menentukur alat-alat pengukur.
      3. masa tindak balas orang yang menjalankan eksperimen.
      4. cara mengguna alat pengukur yang tidak betul
    5. Ralat bersistem dapat dihapuskan/dikurangkan dengan cara-cara berikut.
      1. Menjalankan eksperimen dengan berhati-hati sepanjang masa. 
      2. mengulangi eksperimen dengan alat-alat pengukur yang berbeza.

    English Notes:

    1. Systematic errors are errors which tend to shift all measurements in a systematic way so their mean value is displaced. Systematic errors can be compensated if the errors are known.
    2. Examples of systematic errors are 
      1. zero error, which cause by an incorrect position of the zero point, 
      2. an incorrect calibration of the measuring instrument. 
      3. consistently improper use of equipment. 
    3. Systematic error can be reduced by 
      1. Conducting the experiment with care. 
      2. Repeating the experiment by using different instruments.


    Recommended Videos

    Systematic Error



    Systematic Error - Part 2



    Ralat Hujung/Ralat Sifar Zero error

    1. Ralat hujung atau ralat sifar ialah bacaan bukan sifar alat pengukur apabila bacaan sebenar adalah sifar.
    2. Contoh ralat hujung adalah
      1. Hujung pembaris meter yang haus menyebabkan skala pada tanda "0" tidak jelas. Ia boleh dielakkan dengan memulakan pengukuran dari tanda 1 cm.
      2. Bacaan jam randik yang jarumnya tidak kembali ke tanda "0" apabila tompol "reset" ditekan. Ia boleh dihapuskan dengan menolak ralat sifar daripada setiap bacaan.
      3. Bacaan meter elektrik seperti ammeter apabila tiada arus melaluinya.

    Contoh (Bacaan Ammeter apabila tiada arus mengalir melaluinya)

    (Tanpa ralat sifar: Penunjuk ammeter berada tepat di atas tanda sifar.)


    (Ralat sifar negatifPenunjuk ammeter menunjukkan bacaan negatif walaupun tiada arus mengalir melaluinya.)

    (Ralat sifar positifPenunjuk ammeter menunjukkan bacaan positif walaupun tiada arus mengalir melaluinya.)

    English Notes:

    1. A zero error arises when the measuring instrument does not start from exactly zero.
    2. Zero errors are consistently present in every reading of a measurement.
    3. The zero error can be positive or negative.


    Recommended Videos

    Zero Error


    Ralat Rawak Random Errors

    1. Ralat rawak adalah disebabkan perubahan keadaan yang tidak dapat diramalkan dan tidak dapat dikawal oleh pemerhati.
    2. Ia mengakibatkan satu serakan bacaan sekitar bacaan sebenar.
    3. Contoh ralat rawak ialah:
      1. ralat paralaks yang disebabkan kedudukan mata yang tidak betul apabila mengambil bacaan.
      2. mengambil bacaan-bacaan yang berubah dengan masa.
      3. silap membilang
      4. sebahagian isi padu air tertuang keluar tanpa disedari.
    4. Ralat rawak dapat dikurangkan dengan mengulangi bacaan dan kemudian mengambil purata bacaan-bacaan itu. 

    English Notes:

    1. Random errors arise from unknown and unpredictable variations in condition.
    2. It fluctuates from one measurement to the next.
    3. Random errors are caused by factors that are beyond the control of the observers.
    4. Random error can cause by
      1. personal errors such as human limitations of sight and touch. 
      2. lack of sensitivity of the instrument: the instrument fail to respond to the small change. 
      3. natural errors such as changes in temperature or wind, while the experiment is in progress. 
      4. wrong technique of measurement. 
    5. One example of random error is the parallax error. Random error can be reduced by 
      1. taking repeat readings 
      2. find the average value of the reading.


    Recommended Videos

    Random Error





    Ralat paralaks

    1. Ralat paralaks ialah kesilapan yang dilakukan semasa membaca skala alat pengukur.
    2. Bacaan skala yang diperoleh adalah salah sebab kedudukan mata relatif kepada skala yang kurang sesuai semasa membaca skala.




    English Notes:

    A parallax error is an error in reading an instrument due to the eye of the observer and pointer are not in a line perpendicular to the plane of the scale.

    Recommended Videos

    Parallax Error