Consistency, Accuracy and Sensitivity

Kepersisan Precision

  1. Kepersisan sesuatu alat pengukur ialah kebolehan alat itu untuk memberi bacaan-bacaan yang konsisten apabila kuantiti fizik yang sama diukur lebih daripada satu kali.
  2. Ukuran bagi satu kuantiti adalah konsisten jika semuanya adalah hampir dengan satu sama lain.
  3. Satu ukuran adalah lebih persis jika sisihan relatifnya lebih kecil.
  4. Kepersisan satu ukuran boleh ditambah dengan
    1. menggunakan kanta pembesar semasa membaca skala alat pengukur. Kanta pembesar membentukkan satu imej yang,, besar, maka skala itu dapat dilihat dengan lebih jelas.
    2. Mengelakan ralat paralaks.

Sisihan Relatif Relative Deviation

Sisihan Relatif =  sisihan purata bacaan purata ×100%
  1. Sisihan suatu bacaan ialah perbezaan antara bacaan itu dengan nilai purata.

Contoh:

Bacaan-bacaan diameter
2.14cm
2.13cm
2.17cm
2.15cm
2.16cm

Purata diameter =  2.14+2.13+2.17+2.15+2.16 5 = 10.75 5 =2.15cm

Bacaan Sisihan
2.14 cm
( 2.15 - 2.14 ) cm = 0.01 cm
2.13 cm
( 2.15 - 2.13 ) cm = 0.02 cm
2.17 cm
( 2.17 - 2.15 ) cm = 0.02 cm
2.15 cm
( 2.15 - 2.15 ) cm = 0 cm
2.16 cm
( 2.16 - 2.15 ) cm = 0.01 cm

sisihan purata =  0.01+0.02+0.02+0+0.01 5 = 0.06 5 =0.012cm
Sisihan Relatif =  sisihan purata bacaan purata ×100% Sisihan Relatif =  0.012 2.15 ×100%=0.56%


English Notes:

  1. Precision is the ability of an instrument in measuring a quantity in a consistent manner with only a small relative deviation between readings.
  2. The precision of a reading can be indicated by its relative deviation.
  3. The relative deviation is the percentage of mean deviation for a set of measurements and it is defined by the following formula:



Recommended Videos

Consistency



Relative Deviation




Kejituan

Kejituan pengukuran ialah betapa hampir suatu nilai pengukuran kepada nilai sebenar.
  1. Kejituan pengukuran ialah betapa hampir suatu nilai pengukuran kepada nilai sebenar.
  2. Satu ukuran adalah lebih jitu jika nilainya adalah lebih dekat dengan nilai yang sebenar.
  3. Perbezaan antara satu ukuran dengan nilai sebenar dikenal sebagai ralat.
  4. Kejituan suatu pengukuran boleh ditambah dengan
    1. menggunakan alat pengukuran yang lebih peka,
    2. mengambil beberapa bacaan ulangan,
    3. mengelakkan ralat paralaks dan ralat sifar.
  5. Maksud kepersisan dan kejituan dapat dijelaskan dengan mengkaji tembakan-tembakan yang dilakukan oleh tiga orang peserta dalam pertandingan menembak.

Kepekaan

Kepekaan satu alat pengukur ialah kebolebannya mengesan perubahan yang kecil dalam kuantiti iizik yang diukur.
  1. Kepekaan satu alat pengukur ialah kebolebannya mengesan perubahan yang kecil dalam kuantiti iizik yang diukur.
  2. Satu alat pengukur adalah lebih peka jika nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil.
  3. Satu pembaris meter adalah lebih peka daripada satu pita pengukur sebab nilai senggatan terkecil pembaris, 0.1 cm adalah lebih kecil daripada nilai senggatan terkecil pita pengukur, 0.5 cm.


English Notes:

Accuracy

  1. The accuracy of a measurement is the approximation of the measurement to the actual value for a certain quantity of Physics.
  2. The measurement is more accurate if its number of significant figures increases.
  3. Table above shows that the micrometer screw gauge is more accurate than the other measuring instruments.
  4. The accuracy of a measurement can be increased by 
    1. taking a number of repeat readings to calculate the mean value of the reading. 
    2. avoiding the end errors or zero errors. 
    3. taking into account the zero and parallax errors. 
    4. using more sensitive equipment such as a vernier caliper to replace a ruler. 
  5. The difference between precision and accuracy can be shown by the spread of shooting of a target (as shown in Diagram below).

Sensitivity

  1. The sensitivity of an instrument is its ability to detect small changes in the quantity that is being measured.
  2. Thus, a sensitive instrument can quickly detect a small change in measurement.
  3. Measuring instruments that have smaller scale parts are more sensitive.
  4. Sensitive instruments need not necessarily be accurate.


Recommended Videos

Accuracy and Precision


Accuracy and Precision