Resonans
- Apabila suatu sistem bergetar itu dipaksa untuk bergetar pada frekuensi aslinya, sistem itu dikatakan bergetar pada resonans*.
- Apabila resonans berlaku, sistem itu akan bergetar dengan amplitud maksimum.
Examples of Resonance
- Apabila seorang penyanyi soprano menyanyi dengan nada yang tinggi, suatu gelas yang nipis mungkin bergetar pada frekuensi aslinya yang sama dengan frekuensi nada itu. Resonans berlaku dan gelas bergetar dengan amplitud yang cukup besar sehingga pecah sendiri..
- Jambatan gantung boleh bergetar dalam resonans apabila ditiupkan oleh angin pada frekuensi yang sama dengan frekuensi asli jambatan itu. Jambatan Gantung Tacoma di Amerika Syarikat runtuh pada tahun 1940 akibat daripada kesan resonans.
- Bahagian tertentu suatu bas akan bergetar dengan kuat apabila bas itu bergerak pada laju tertentu. Ini berlaku kerana enjin bas sedang bergerak pada frekuensi yang sama dengan frekuensi asli bahagian bas itu dan resonans berlaku.
Aplikasi Resonans
- Askar-askar yang berbaris tidak boleh menghentak kaki secara serentak semasa merentas suatu jambatan. Ini adalah untuk mencegah jambatan itu daripada bergetar pada frekuensi aslinya yang mungkin merosakkan jambatan itu.
- Alat-alat muzik seperti trumpet, dan saksofon menghasilkan bunyi berdasarkan kesan resonans.
- Tala bunyi boleh digunakan untuk menalakan frekuensi tali piano atau tali gitar berdasarkan kesan resonans.
- Kesan resonans juga digunakan untuk menyelaraskan frekuensi radio dan telivisyen untuk menerima isyarat daripada rakaian yang berbeza.
Bandul Bartons
Sifat-sifat resonans boleh dikaji dengan menggunakan bandul Barton seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah..Pemerhatian dan Penerangan:
- Apabila bandul X berayun, tenaga mekaniknya akan di pindahkan ke bandul yang lain, menyebabkan bandul lain turut berayun.
- Bandul D akan berayun dengan amplitud yang paling besar akibat daripada kesan resonans. (Ini adalah kerana ia munpunyai panjang yang sama, seterusnya frekuensi asli yang sama dengan bandul X).