Pelembapan dan Ayunan Paksaan
Pelembapan
Suatu sistem bergetar dikatakan mengalami pelembapan jika tenaga sistem dan saiz amplitud getarannya semakin berkurangan dengan masa.
- Satu sistem berayun biasanya akan berayun dengan amplitud ayunannya yang semakin kecil dan ketnudian. berhenti.
- Ini adalah kerana tenaga terlesap dari sistem berayun dalam bentuk haba ke persekitarannya..
- Rajah di bawah menunjukkan perubahan sesaran dengan masa dan perubahan amplitud ayunan dengan masa.
|
(Graf sesaran-masa bagi satu sistem berayun) |
|
(Graf amplitud-masa bagi satu sistem berayun) |
Jenis Pelembapan
Sistem bergetar kehilangan tenaga dalam bentuk haba melalui:
- pelembapan luar, iaitu disebabkan oleh daya geseran dari udara di sekeliling.
- pelembapan dalam, iaitu disebabkan oleh molekul-molekul sistem yang diregang dan dimampat.
Ayunan Paksaan
- Untuk membolehkan suatu sistem berayun secara berterusan, tenaga dari luar harus dibekalkan kepada sistem itu.
- Apabila tenaga atau daya luar dibekalkan kepada sistem berayun itu, sistem itu dikatakan berada pada ayunan paksaan.