Ayunan

  1. Gelombang terbentuk daripada satu siri ayunan yang berturutan.
  2. Oleh itu, untuk memahami gelombang, kita perlu memahami ciri-ciri ayunan.

    Istilah-istilah Penting Berkaitan dengan Ayunan

    1. Satu getaran lengkap berlaku apabila jasad bergetar itu:
      1. bergerak pergi dan balik dari kedudukan asalnya, dan
      2. bergerak pada arah yang sama seperti gerakan asalnya.

    2. Amplitud ialah sesaran maksimum suatu jasad dari kedudukan keseimbangannya. Unit SI bagi amplitud ialah meter, m.

    3. Semakin besar amplitud satu ayunan, semakin besar tenaga mekanik (Tenaga Kinetik + Tenaga Keupayaan) yang tersimpan di dalam sistem ayunan itu.
    4. Tempoh T ialah masa yang diambil untuk membuat satu getaran lengkap.
    5. Dalam setiap sistem berayun, amplitud mestilah kecil untuk menghasilkan getaran yang mempunyai tempoh yang tetap.
    6. Frekuensi, f  ialah bilangah getaran lengkap yang dibuat dalam masa satu saat.
    7. Unit SI bagi frekuensi ialah Herz (Hz).
    8. Frekuensi, f  ialah bilangah getaran lengkap yang dibuat dalam masa satu saat.
    9. Frequency can be related to period by the following equation f= 1 T
      f = frekuensi
      T = Tempoh

    Contoh:
    Diberi bahawa satu bandul membuat 20 ayunan dalam 25 saat. Cari frekuensi ayunan bagi bandul itu.

    Jawapan:
    Tempoh,
    T= 25s 20 =1.25s
    Frekuensi  f= 1 T f= 1 1.25 =0.8Hz