Panjang Gelombang

Panjang Gelombang



  1. Panjang gelombang (λ) ialah jarak di antara dua titik berturutan yang bergetar secara sefasa, contohnya jarak di antara dua puncak berturutan A dan B atau jarak di antara dua lembangan berturutan E dan F.
  2. Halaju gelombang v ialah jarak yang dirambatkan oleh bentuk gelombang sesaat.
  3. Halaju gelombang v = λf
  4. Dua titik dikatakan bergetar secara sefasa (fasa yang sama) jika kedua-dua titik itu berada dalam getaran yang serupa, iaitu
    1. mempunyai sesaran yang sama.
    2. bergetar pada arah yang sama.

Mencari Panjang Gelombang Dari Rajah

Gelombang Melintang

Bagi gelombang melintang, panjang gelombang dapat ditentukan dengan mencari jarak di antara dua puncak atau lembangan yang berturutan.

Gelombang Mumbujur

Bagi gelombang membujur, panjang gelombang dapat ditentukan dengan mencari jarak di antara dua mampatan atau regangan yang berturutan.

Gambarajah Muka Gelombang

Panjang gelombang adalam sama dengan jarak di antara dua muka gelombang yang berturutan,


Contoh 1:

Rajah di atas menunjukkan keratan rentas bagi satu gelombang melintang. Tentukan amplitud gelombang ini?

Jawapan:
Amplitud= 10cm 2 =5cm

Contoh 2 :

Rajah di atas menunjukkan satu gelombang melintang. Panjang gelombangnya adalah sama dengan ____
Jawapan:
Panjang gelombang= 2 3 ×x= 2 3 x

Contoh 3:

Rajah di atas menunjukkan simulasi gelombang membujur dengan menggunakan spring slinki. Apakah panjang gelombang bagi gelombang ini?
Jawapan:
3λ=15cm λ= 15 3 =5cm

Contoh 4:

Rajah di atas menunjukkan simulasi gelombang melintang dengan menggunakan spring slinki. Apakah panjang gelombang bagi gelombang ini?
Jawapan:
2λ=25cm λ= 25 2 =12.5cm