Indeks Biasan

  1. Mengikut hukum Snell, sini/sinr = pemalar (i = sudut tuju, r = sudut biasan). Nilai sini/sinr dinamakan sebagai indeks biasan bagi suatu medium.  n= sini sinr n= refractive index
  2. Dalam SPM, apabila perkataan "indeks biasan" digunakan, ia merujuk kepada indeks biasan mutlak sesuatu medium.
  3. Indeks biasan mutlak merupakan indeks biasan suatu bahan lut sinar relatif kepada vakum (atau udara).

Indeks Biasan dan Laju Cahaya

Kelajuan cahaya adalah paling tinggi dalam vakum. Nilainya adalah 3.00 x 108 m/s.

Indeks biasan =  laju ccahaya dalam vakum slaju cahaya dalam satu medium
atau
n= c v
( Semakin besar indeks biasan sesuatu medium, semakin rendah laju cahaya di dalam medium itu. )

Dalam Nyata dan Dalam Ketara


  1. Pemesongan cahaya apabila bergerak daripada satu medium ke medium yang lain menyebabkan angaran kedalaman yang salah oleh pemerhati.
  2. Rajah di atas menunjukkan dua sinar cahaya bergerak dari satu titik di dasar air kolam mandi.
  3. Sinar cahaya itu dibiasakan apabila bergerak daripada air ke dalam udara.
  4. Bagi pemerhati, sinar-sinar cahaya itu seolah-olah berasal daripada satu titik di atas titik asal. Ini menyebabkan kedalaman air kelihatan lebih cetek daripada dalaman sebenar.
  5. Dalam sebenar satu didik dinamakan sebagai dalam nyata. Dalam nyata, D ialah jarak objek O dari permukaan kaca atau air.
  6. Kedalaman yang diperhatikan oleh permerhati itu dinamakan sebagai dalam ketara. Dalam ketara d ialah jarak imej I dari permukaan kaca atau air. ,
  7. Indeks biasan, n ialah nisbah dalam nyata dengan dalam ketara.

Indeks biasan =  dalam nyata dalam ketara       atau  
n= D d

Ringkadan:

Indeks biasan
n= sini sinr
n= D d
n= c v