Teori Kinetik Gas
- Teori kinetik menyatakan bahawa molekul-molekul dalam gas bergerak secara. rawak dan sentiasa berlanggar dengan dinding bekas.
- Molekul molekul gas yang berlanggar dengan dinding bekas mengalami perubahan momentum.
- Kadar perubahan momentum yang berlaku menghasilkan daya impuls yang bertindak ke atas dinding bekas.
- Tekanan gas ialah daya per unit luas yang dihasilkan daripada perlanggaran molekul-molekul gas ke atas dinding bekas
Tekanan Gas
- Tekanan gas ialah daya per unit luas yang dikenakan ke atas permukaan objek oleh apabila molekul-molekul gas melanggar ke atas permukaan itu.
- Dalam SPM, khususnya soalan esei dalam kertas 2, kadang-kadang anda akan disuruh menerangkan bagaimana tekanan gas dihasilkan dalam (lihat soalan di bawah).
Soalan:
Terangkan bagaimana tekanan gas dihasilkan dalam satu bekas tertutup.
Jawapan:
Terangkan bagaimana tekanan gas dihasilkan dalam satu bekas tertutup.
Jawapan:
- Molekul-molekul gas di dalam bekas sentiasa bergerak secara rawak dan berlanggar dengan dinding bekas.
- Semas molekul-molekul ini berlanggar dengan dinding dan melantun balik, perubahan momentum berlaku pada molekul-molekul gas.
- Perubahan momentum ini menghasilkan satu daya yang bertindak ke atas dinding bekas, seterusnya menyebabkan tekanan ke atas dinding bekas itu.
Faktor-faktor Mempengaruh Tekanan Gas
Ketumpatan gas
- Ketumpatan gas lebih tinggi, tekanan gas lebih tinggi
- bagi gas yang lebih tumpat, bilangan molekul per unit isi padu gas lebih besar. Kekerapan perlanggaran molekul molekul gas dengan dinding bekas bertambah.
Suhu gas
- Suhu gas bertambah, tekanan gas bertambah
- Ini adalah kerana halaju molekul molekul bertambah apabila suhu gas bertambah. Kadar perlanggaran antara molekul dengan dinding bekas bertambah.
Isipadu gas
- Isi padu gas berkurang tekanan gas bertambah
- Ini adalah kerana apabila isipadu gas berkurang, bilangan molekul per unit isipadu gas bertambah. Kadar perlanggaran antara molekul dengan dinding bekas bertambah.