Kapal Terbang
|
(Click on the image to enlarge) |
- Bentuk serofoil sayap kapal terbang boleh menyebabkan pengaliran udara yang lebih cepat di bahagian atas daripada bahagian bawahnya.
- Oleh itu, tekanan udara yang bertindak di bahagian bawah aerofoil adalah lebih tinggi daripada tekanan yang bertindak di bahagian atasnya.
- Suatu daya angkat dihasilkan oleh perbezaan tekanan itu, maka kapal terbang boleh naik ke atas.
- Bagi suatu kapal terbang yang sedang terbang secara mengufuk, beratnya diseimbangkan oleh daya angkat. Jika tujah ke depan sama dengan seretan ke belakang, daya-daya yang dikenakan ke atas kapal terbang itu adalah seimbang, maka kapal terbang itu akan menerbang secara mengufuk dengan laju malar,
Sukan
|
(Click on the image to enlarge) |
Dalam sukan tertentu seperti bola sepak, pemain-pemain boleh menghasilkan bola bergerak melengkung dengan memutarkan bola itu semasa menendang bola itu. Fenomena ini boleh diterangkan oleh Prinsip Bernoulli.
Penyembur Racun Serangga
- Rajah di atas menunjukkan suatu penyembur racun serangga.
- Apabila omboh ditolak ke dalam pam, udara dipancut keluar dengan kelajuan yang tinggi dari muncung sempitnya.
- Suatu kawasan yang tekanannya lebih rendah daripada tekanan atmosfera wujud di luar muncung, maka racun serangga naik ke atas melalui tiub logam.
- Racun serangga yang bercampur dengan udara boleh disembur pada kelajuan yang tinggi.
Penunu Bunsen
- Dalam suatu penunu Bunsen seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas, gas dikeluarkan melatui jet dengan kelajuan yang tinggi, maka suatu kawasan yang bertekanan rendah wujud di dalam tiub.
- Udara dari luar disedut masuk ke dalam tiub yang tekanannya lebih rendah daripada tekanan atmosfera.
- Udara masuk bercampur dengan gas dan menghasilkan suatu nyalaan yang lebih panas dan kurang berkilau.
Karburetor Kereta
- Karburetor digunakan untuk menghasilkan campuran petrol dan udara bagi pembakaran dalam silinder enjin kereta.
- Udara yang mengalir melalui kawasan sempit dengan halaju lebih tinggi menyebabkan tekanan lebih rendah di kawasan jet.
- Petrol dari tangki petrol ditindakkan oleh tekanan atmosfera mengalir keluar dari jet menjadi semburan wap petrol bercampur dengan udara.