Memahami Tekanan

Tekanan

1. Tekanan P ialah daya yang bertindak secara normal per unit luas, iaitu


Contoh
Seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas, satu daya 20N dikenakan ke atas satu permukaan berluyas 4cm². Daya ini dibahagi sama rata oleh keseluruh permukaan, maka setiap satu cm² menganggung daya sebanyak  5N (20N/4).

Daya (5N) bertindak ke atas 1 unit luas permukaan (1cm²) ialah tekanan yang dikenakan ke atas satu permukaan. Dalam kes ini, tekanan yang dikenakan ke atas permukaan itu ialah 5N/cm².

Secara matematik,
Tekanan= Daya Luas = 20N 4c m 2 =5Nc m 2

Unit Tekanan

Unit bagi tekanan ialah Nm² dan Pa (pascal). 1 Pa ialah tekanan yang dihasilkan oleh daya 1 N yang bertindak secara normal ke atas luas 1 m² .


1 N/m² = 1 Pa

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Magnitud Tekanan

Dua faktor yang mempengaruhi tekanan ialah
  1. Magnitud daya
    Tekanan adalah berkadar langsung dengan daya yang dikenakan. Semakin besar daya yang dikenakan, semakin besar tekanan terhasil.
  2. Luas Permukaan Dikenakan Daya
    Tekanan adalah berkadar songsang dengan luas permukaan yang dikenakan daya. Semakin besar luas permukaan dikenakan daya, semakin kecil tekanan terhasil