Manometer

Manometer

  1. Manometer terdiri daripada suatu tiub bentuk-U yang mengandungi suatu cecair dengan ketumpatan ρ kgm-3 .
    (Rajah 1)
  2. Seperti ditunjukkan di dalam Rajah 1, apabila kedua dua hujung tiub bentuk U didedahkan kepada atmosfera, aras cecair pada lengan A dan lengan B adalah sama kerana dikenakan tekanan atmosfera yang sama.
    (Rajah 2)
  3. Untuk menyukat tekanan suatu bekalan gas, lengan A disambung kepada bekalan gas itu (Rajah 2).
  4. Tekanan gas yang lebih tinggi daripada tekanan atmosfera menolak aras cecair A ke bawah, maka aras cecair B naik ke atas.
  5. Tekanan gas dalam tangki dapat dihitungkan dengan menggunakan persamaan berikut
Pgas = Patm + hρg

Pgas = Tekanan gas
Patm = tekanan atmosfera
ρ = ketumpatan cecair
g = kekuatan medan graviti Bumi
h = beza tinggi aras cecair

Nota:

  1. Beza tekanan gas pada paras yang berlainan dalam udara dapat diabaikan.
  2. Bagi jenis cecair yang sama, tekanan adalah sama jika paras cecair adalah sama.
  3. Bagi jenis cecair berlainan yang mempunyai ketumpatan yang berlainan, tekanan dalam cecair adalah berbeza walaupun pada aras yang sama.
  4. Tekanan di permukaan cecair adalah sama dengan tekanan gas bagi gas terdedah.
  5. Tekanan yang dihasilkan oleh cecair = hρg