Brek Hidraulik
- Kebanyakan sistem brek kereta menggunakan brek hidraulik.
- Dalam brek hidraulik, tekanan dipindah melalui cecair dari pedal brek ke roda-roda kereta apabila pedal brek ditekan.
- Terdapat dua jenis brek dalam kereta, iaitu
- brek piring yang biasanya digunakan pada. roda. hadapan,dan
- brek dram yang biasanya digunakan pada roda belakang.
- Rajah di atas menunjukkan sistem brek hidraulik kereta.
- Apabila pedal brek ditekan, omboh kecil pada roda hadapan ditolak supaya bersentuhan dengan dua belah piring keluli. Daya geseran antara kasut brek dengan piring keluli boleh memperlahankan kereta.
- Apabila pedal brek ditekan, omboh kecil B pada roda belakang juga ditolak. Omboh itu seterusnya menolak sepasang kasut brek supaya bersentuhan dengan dram brek. Daya geseran antara kasut brek dengan dram brek boleh memperlahankan kereta.
Soalan & Jawapan
S: Adalah sangat jika terdapat gelembung udara terperangkap di dalam minyak brek. Terangkan.
J:
- Jika terdapat gelembung udara di dalam minyak brek, minyak brek boleh dimampatkan.
- Ini akan menghalangkan atau memperlahankan pemindahan tekanan melalui minyak brek kepada kasut brek dan seterusnya mengakibatkan sistem brek gagal berfingsi.
Soalan & Jawapan
S: Mengapakah air adalah tidak sesuai digunakan untuk menggantikan minyak brek sebagai cecair brek dalam sistem brek hidraulik?
J:
- Takat didih minyak adalah jauh lebih tinggi daripada air. Ini boleh mengelakan cecair brek daripada mendidih apabila brek menjadi sangat panas.
- Air boleh menyebabkan pengaratan pada bahagian tertentu di dalam sistem brek.
Jek hidraulik
|
(Rajah 1) |
|
(Rajah 2) |
|
(Rajah 3) |
- Apabila pemegang ditolak ke hadapan (Rajah 2), injap A tertutup dan ini menghalang minyak mengalir ke tangki. Injap B pula terbuka dan ini membenarkan minyak mengalir dari silinder kecil ke silinder besar.
- Minyak yang mengalir ke silinder besar boleh memindahkan tekanan ke omboh besar.
- Apabila pemegang ditarik ke belakang (Rakah 3), injap B tertutup dan ini menghalang minyak dalam silinder besar mengalir ke silinder kecil. Injap A pula terbuka dan ini membenarkan minyak mengalir dari tangki ke silinder kecil.
- Apabila pemegang ditolak dan ditarik berulang kali, tekanan yang dipindah ke omboh besar adalah cukup kuat untuk mengangkut beban yang berat.
- Omboh besar boleh diturunkan jika injap lepas dibuka dan minyak mengalir dari silinder besar ke tangki.