Kecekapan

Kecekapan

Kecekapan sesuatu mesin ditakrifkan sebagai peratus tenaga input yang dipindah kepada tenaga output yang berguna. Ia adalah nisbah tenaga output yang berguna kepada jumlah tenaga yang dimasukna ke dalam mesin itu.

Kecekapan= Tenaga output berguna Jumlah tenaga input ×100% atau Kecekapan= Kuasa output berguna Jumlah kuasa input ×100%
Contoh:
Bagi satu mesin, diberi bahawa kuasa inputnya ialah 100J/s dan kuasa output yang berguna ialah 75J/s. Kuasa output yang lain dianggap kuasa tidak berguna yang hilang ke persekitaran. Cari kecekapan mesin itu.
Jawapan:

Kecekapan = 75 100 ×100%=75%

Cara-cara Meningkatkan Kecekapan Alat-alat Elektrik

Alat Penghawa Dingin



  1. Memadamkan suis jika tidak diguna.
  2. Membeli penghawa dingin yang mempunyai kuasa sesuai mengikut sais bilik.
  3. Tutup semua pintu dan tingkap bilik untuk mengelakkan udara sejuk daripada mengalir ke luar bilik.

Peti Sejuk



  1. Sentiasa ingat menutup pintu peti sejuk.
  2. Membuka pintu peti sejuk hanya apabila perlu.
  3. Memastikan gelung penyejuk sentiasa bersih.
  4. Mencairkan air batu dalam peti sejuk dari masa ke semasa.
  5. Memilih peti sejuk yang mempunyai muatan yang sesuai dengan bilangan ahli keluarga. Peti sejuk yang besar biasanya mempunyai kecekapan yang lebih tinggi.

Lampu



  1. Guna lampu berpendafluor untuk menggantikan lampu pijar. Lampu berpendafluor adalah jauh lebih cekap daripada lampu pijar.
  2. Menggunakan pemantul cahaya untuk memantulkan cahaya kepada ruang yang diinginkan.

Mesin Basuh



  1. Menggunakan mesin basuh "front-loading" kerana ia memerlukan air dan elektrik yang kurang. 
  2. Menggunakan mesin basuh hanya anda mempunyai kuantiti baju yang cukup untuk dibasuh. 


External Link


Interactive Animation