Kewujudan Tekanan Atmosfera boleh dibuktikan melalui eksperimen-eksperimen berikut:
- Eksperimen Tin Kemek
- Air terkandung di dalam satu bekas yang ditutup oleh satu kadbod tidak tertumpah.
- Hemisfera Magdeburg
Eksperimen Tin Kemek
- Dalam Rajah di atas, sedikit air dalam suatu tin logam dididihkan untuk beberapa minit.
- Apabila tudung tin ditutup dan air sejuk ditumpah ke atas tin itu, tin itu menjadi kemek.
- Ini menunjukkan bahawa tekanan atmosfera yang lebih tinggi telah bertindak ke atas tin yang tekanan dalamnya lebih rendah.
Air terkandung di dalam satu bekas yang ditutup oleh satu kadbod tidak tertumpah
- Rajah di atas menunjukkan suatu gelas yang diisi penuh dengan air dan ditutup dengan sekeping kadbod ringan.
- Apabila ditelangkupkan dengan cepat dan tangan dialih dengan teliti, kadbod tidak terjatuh dan air tidak tertumpah.
- Ini menunjukkan daya yang dihasilkan oleh tekanan atmosfera bertindak ke atas kadbod dan menyokong berat air dalam gelas.
Hemisfera Magdeburg
- Apabila udara di dalam hemisfera dipam keluar supaya ruang dalam hemisfera menjadi vakum, kedua-dua hemisfera tidak dapat dipisahkan walaupun oleh daya yang besar.
- Ini adalah kerana apabila udara dipam keluar, tekanan di dalam hemisfera menjadi sangat rendah.
- Di luar hemisfera, tekanan atmosfera mengenakan daya yang besar ke atas permukaan luar hemisfera, seterusnya memegang kedua-dua hemisfera dengan kuat.