Aplikasi-aplikasi Tekanan Atmosfera
Picagari
- Apabila. omboh ditarik ke atas, ruang di dalam picagari mempunyai tekanan yang lebih rendah daripada tekanan atmosfera di luar.
- Tekanan atmosfera yang lebih tinggi akan menolak cecair supaya masuk ke dalam picagari itu.
Pam Angkat
- Rajah di atas menunjukkan suatu pam angkat yang diguna untuk mengeluarkan air dari perigi atau mengeluarkan minyak dari tong minyak besar.
- Apabila omboh digerak ke atas, injap A tertutup dan ruang di bawah omboh mempunyai tekanan yang lebih rendah daripada tekanan atmosfera di luar.
- Injap B terbuka, maka tekanan atmosfera yang bertindak pada aras air menolak air masuk ke dalam pam melalui injap B.
- Apabila omboh bergerak ke bawah, injap 8 tertutup dan air mengalir ke atas omboh melalui injap A yang terbuka.
- Apabila omboh bergerak ke atas sekali lagi, injap A tertutup dan air akan dibawa ke atas sehingga keluar melalui muncung.
Sifon
Mekanisma Kerja Sifon
Penlekap Getah
- Rajah di atas menunjukkan suatu penyedut getah yang diguna untuk menggantung objek kecil pada permukaan licin.
- Apabila penyedut getah ditekan pada suatu permukaan rata dan licin seperti kaca, udara dalam ruang antara penyedut getah dengan permukaan licin itu dikeluarkan dan menghasilkan suatu ruang separa vakum.
- Tekanan atmosfera di luar yang lebih tinggi menekan dan mengekalkan penyedut getah pada permukaan licin itu.
Penyedut Minuman
- Apabila kita menyedut minuman melalui penyedut minuman seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di atas, udara di dalam penyedut minuman. masuk ke peparu kita.
- Tekanan udara penyedut minuman. menjadi lebih rendsh daripada tekanan atmosfera di luar.
- Tekanan atmosfera. di luar bertindak pada permukaan minuman dan menolak minuman masuk ke dalam mulut kita.
Penyedut Getah
Pembersih Vakum
- Pembersih vakum menghasilkan ruang separa vakum dengan menghembus udara di dalamnya keluar.
- Ini menghasilkan satu kawasan bertekanan rendah di dalamya .
- Tekanan atmosfera di luar yang lebih tinggi menolak udara masuk ke dalam melalui paip dan membawa bersama kotoran ke dalamnya.