Kerja
- Kerja ditakrifkan sebagai hasil darab daya yang berfungsi dengan jarak yang dilalui oleh suatu jasad mengikut arah daya itu.
- Unit bagi kerja ialah Nm (Newton meter) atau J(Joule).
- Kerja ialah kuantiti skalar.
Formula
Jika daya yang bertindak ke atas suatu jasad adalah seperti dalam rajah di bawah
Apabila arah daya sama dengan arah gerakan, θ = 0o, maka cosθ = 1
Kerja yang dilakukan
W = F × s
Contoh:
Satu daya 50N dikenakan ke atas satu bongkah mengikut arah yang ditunjukkan di dalam rajah di atas. Bongkah itu bergerak sebanyak 3.0m. Hitungkan kerja yang dilakukan oleh daya itu.
Jawapan
Kerja yang dilakukan,
W = F × s × cos θ
W = 50 × 3.0 × cos30o = 129.9J

Rajah di atas menunjukkan satu daya bermagnitud 10N menarik sebuah bongkah besi. Diberi bahawa daya geseran di antara bongkah besi dengan meja ialah 5N. Jika jarak yang dilalui oleh bongkah itu ialah 2m, cari
Jawapan:
a. Arah daya adalah sama dengan arah pergerakan. Oleh itu, kerja yang dilakunkan oleh daya tarikan
b. Arah daya adalah tidak sama dengan arah pergerakan, maka kerja yang dilakukan oleh daya geseran

- kerja yang dilakukan oleh daya tarikan itu
- kerja yang dilakukan oleh daya geseran
Jawapan:
a. Arah daya adalah sama dengan arah pergerakan. Oleh itu, kerja yang dilakunkan oleh daya tarikan
W = F × s = (10)(2) = 20J
b. Arah daya adalah tidak sama dengan arah pergerakan, maka kerja yang dilakukan oleh daya geseran
W = F × s × cos180°= (5)(2)(-1) = -10J