Kekenyalan
Bahan kenyal ialah bahan yang boleh kembali kepada bentuk dan saiz asalnya apabila daya yang bertindak itu dialihkan.
Daya-daya Di Antara Atoms
- Atom-atom pepejal bertindak antara satu sama lain dengan
- daya tolakan, dan
- daya lekitan.
- Dalam keadaan biasa, zarah-zarah bergetar sekitar kedudukan keseimbangan. Pada kedudukan tersebut, daya tarikan dan daya tolakan antara zarah adalah diseimbangan.
(Rajah 1)
- Rajah di atas menunjukkan keadaan apabila pepejal dimampatkan dan diregangkan.
- Pada keadaan asal di mana jarak di antara kedua-dua zarah adalah d, daya-daya ke atas zarah-zarah adalah dalam keseimbagan.
- Apabila dimampatkan, zarah-zarah dirapatkan. Daya tolakan bertambah dan melebihi daya tarikan untuk mengembalikan pepejal kepada bentuk asalnya.
- Apabila diregangkan, zarah-zarah dijauhkan. Daya tarikan bertambah dan melebihi daya tolakan untuk mengembalikan pepejal kepada bentuk asalnya.
Graf Daya - Jarak Pemisahan Antara 2 Zarah
(Rajah 2)
- Rajah di atas menunjukkan graf daya lawan jarak pemisahan antara zarah dalam pepejal pada kedudukan keseimbangan. Jarak pemisahan antara zarah ialah xo, daya paduan ialah sifar.
- Apabila zarah-zarah itu dimampatkan, x < x0, daya tolakan di antara zarah-zarah itu bertambah.
- Manakala apabila zarah-zarah itu diregangkan, daya tarikan di antara zarah pula bertambah.
- Dengan ini, zarah-zarah itu akan kembali ke kedudukan asal apabila daya mampatan atau regangan dialihkan.
- Jika daya regangan yang dikenakan melebihi had kenyal bahan itu, daya tarikan antara zarah akan berkurang.