Hukum Hooke

Hukum Hooke

Hukum Hooke menyatakan bahawa pemanjangan suatu bahan kenyal adalah berkadar langsung dengan daya regangan yang bertindak jika had kenyal bahan itu tidak dilebihi.
Fx
F = daya regangan
x = pemanjangan

Dalam matematik, hubungan ini juga boleh ditulis sebagai
F=kx

Graf Daya Melawan Pemanjangan

  1. Rajah di atas menunjukkan satu graf daya melawan pemanjangan bagi satu spring.
  2. Dalam graf ini, kecerunan graf adalah sama dengan pemalar kenyal, k.
  3. Luas di bawah graf pula sama dengan kerja yang dilakukan untuk meregangkan spring itu.

Pemalar Spring

  1. Bagi kes spring, nilai k juga dikenal sebagai pemalar spring. Unit k adalah N/m.
  2. Pemalar spring k merupakan daya yang diperlukan untuk menghasilkan seunit pemanjangan pada spring itu, iaitu:
    k= F x
  3. Spring yang lebih keras mempunyai nilai k yang lebih besar, maka graf daya F lawan pemanjangan x yang dihasilkan mempunyai nilai kecerunan yang lebih besar kerana kecerunan = k.
  4. Rajah di bawah menunjukkan perbandingan kekenyalan dua spring. Spring A mempunyai pemalar spring yang lebih besar kerana kecerunan grafnya lebih besar berbanding dengan spring B.

Had Kenyal

  1. Had kenyal suatu spring ialah daya maksimum yang boleh dikenakan ke atas spring sebelum spring itu kehilangan sifat kekenyalannya.
  2. Apabila suatu spring dikenakan beban secara berterusan, graf pemanjangan spring lawan daya regangan berubah dari garis lurus menjadi garis lengkung seperti dalam Rajah di bawah.

  3. Titik A yang merupakan titik akhir garis lurus dan titik permulaan garis lengkung dikenal sebagai had kenyal. 
  4. Suatu spring yang dikenakan dengan daya yang melebihi had kenyalnya tidak akan kembali ke panjang asalnya apabila daya regangan dialihkan. Suatu pemanjangan kekal akan dihasilkan.
  5. Kuprum mempunyai had kenyal yang lebih besar daripada getah.