Daya Impuls
- Daya impuls ditakrifkan sebagai kadar perubahan momentum terhadap masa tindakan yang singkat bagi suatu objek yang bergerak. Secara matematik, ini ditulis sebagai
- Ia adalah daya yang dikenakan ke atas suatu objek dalam jangka masa yang singkat semasa perlanggaran atau letupan.
Contoh:
Sebuah kereta berjisim 1000kg bergerak dengan halaju 25 m/s. Kereta itu melanggar tiang lampu jalan dan berhenti dalam masa 0.05 saat. Berapakah daya impuls yang dikenakan ke atas kereta itu dalam perlanggaran ini.
Jawapan:
m = 1000kg
u = 24 m/s
v = 0
t = 0.05s
Sebuah kereta berjisim 1000kg bergerak dengan halaju 25 m/s. Kereta itu melanggar tiang lampu jalan dan berhenti dalam masa 0.05 saat. Berapakah daya impuls yang dikenakan ke atas kereta itu dalam perlanggaran ini.
Jawapan:
m = 1000kg
u = 24 m/s
v = 0
t = 0.05s
Kesan Tindakan Impuls/ Daya Impuls
- Daya yang dikenakan ke atas suatu objek menentukan pecutan objek itu. Semakin besar daya itu, semakin tinggi pecutan objek itu.
- Impuls yang dikenkan ke atas suatu objek pula menentukan perubahan halaju objek itu. Semakin besar impuls yang dikenakan, semakin besar perubahan halaju objek yang dialami oleh objek itu.
Contoh-contoh yang melibatkan daya impuls
- Bermain bola sepak
- bermain badminton
- bermain bola tenis
- bermain golf
- bermain besbol
Lompat Jauh
- Tambak lompat jauh diisi dengan pasir. Ini adalah untuk memanjangkan masa tindak balas dan seterusnya mengurangkan daya impuls yang dikenakan ke atas kaki atlit apabila mereka mendarat di atasnya.
Lompat Tinggi
(This image is licenced under the GNU Free Document Licence. The original file is from the Wikipedia.org.)
- Dalam acara lompat tinggi, peserta-peserta akan jatuk ke atas satu tilam yang tebal dan lembut selepas lompatan.
- Ini adalah untuk meningkatkan masa tindak balas dan seterusnya mengurangkan daya impuls yang dikenakan ke atas badan para peserta untuk mengelakan kecederaan.
Melompat dan Mendarat Dari Kawasan Tinggi
- Seseorang akan membengkkokkan kakinya semasa mendarat apabila melompat dari tempat tinggi.
- Ini adalah untuk memanjangkan masa tindak balas dan seterusmnya mengurangkan hentakan daya impuls yang dikenkan ke atas kaki pelompat.
External Link
Interactive Animation
Interactive Animation