Angkup Vernier



  1. Angkup vernier ialah alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang.
  2. Ia adalah lebih peka daripada pembaris meter. Ia boleh mengukur panjang sehingga kejituan 0.01m.
  3. Rajah di atas menunjukkan ilustrasi angkup Vernier. Bagi pelajar SPM, anda perlu mengingati nama bagi semua bahagian serta fungsinya.

Mengambil Bacaan Daripada Angkup Vernier:

  1. Sebuah angkup vernier mempunyai dua skala, iaitu skala utama dan skala vernier.
  2. Skala utama dibaca di tanda sifar bagi skala vernier.
  3. Skala vernier pula di baca di titik di mana garis skalanya segaris dengan garis skala utama.
  4. Bacaan angkup vernier = bacaan skala utama + bacaan skala vernier.
  5. Skala vernier mempunyai panjang 9mm, dibahagi kepada 10 bahagian. Oleh itu setiap bahagian mempunyai panjang 0.9mm.

English Notes:

  1. Vernier caliper is a measuring tool used to measure length.
  2. It is more accurate than metre rule. It can measure length with an accuracy up to 0.01cm.
  3. Figure above shows the illustration of a vernier caliper. For SPM students, you need to remember the name aof the parts and the function of the 2 jaws and the stem.

Taking Reading from a Vernier Calipers:

  1. A vernier caliper has 2 scale, namely the main scale and the vernier scale.
  2. The main scale is read at the zero mark of the Vernier scale.
  3. The vernier scale is read at the point where it's scale coincide with the main scale.
  4. Reading of Vernier caliper = Reading of main scale + reading of vernier scale.
  5. The vernier scale is 9mm long, divided into 10 divisions.


Contoh:


Bacaan skala utama = 2.2cm
Bacaan skala vernier = 0.07cm
Bacaan angkup vernier = 2.27cm

Ralat Sifar bagi Angkup Vernier

  1. Ralat sifar angkup vernier ditentukan dengan merapatkan kedua-dua rahangnya.
  2. Ralat sifar mesti dihapuskan daripada bacaan yang diperolehi.
Bacaan Sebenar = Bacaan Angkup Vernier - Ralat Sifar

English Notes:

Zero Error of Vernier Caliper

  1. The zero error is determined by tightening the jaws of the vernier calipers.
  2. Zero error must be eliminated from the reading.
Actual Reading = Reading of Vernier Caliper - Zero Error


Contoh:
Rajah di bawah menunjukkan bacaan bagi 3 angkup vernier yang berlainan apabila rahang mereka dirapatkan. Cari ralat sifar bagi setiap angkup vernier itu.
Images below show the reading of 3 vernier calipers when their jaws are tightly closed. Find the zero error of each caliper.a.

Ralat sifar = 0.02 cm

b.

Ralat sifar = -0.06cm

c.

Ralat sifar = 0 cm (Tiada ralat sifar)



Exercise

Download the PDF version
  1. Without Answer
  2. With Answer


Recommended Videos

All About Verniers