Impuls

Impuls

  1. Hasil darab daya F dengan masa tindakannya t dikenali sebagai impuls suatu daya.

    Impuls = Ft

  2. Impuls yang dikenakan ke atas suatu objek adalah sama dengan perubahan momentum objek itu.

    Impuls = perubahan momentum = mv - mu

  3. Impuls ialah kuantitik vektor.

Contoh:
Sebiji bola besi berjisim 0.4kg berada dalam keadaan pegun di atas meja yang licin. Bola itu kemudian diberi satu impuls sebanyak 5.0 Ns secara mendatar. Berapakah halaju bola itu selepas tindakan itu?

Jawapan:
Impuls = mv - mu
(5.0) = (0.4)v - (0.4)(0)
0.4v = 0.5
v = 1.25 m/s

Halaju bola selepas tindakan = 1.25 m/s


External Link


Interactive Animation