Gelombang

Gelombang ialah suatu fenomena di mana tenaga dipindahkan melalui getarannya.

  1. Gelombang ialah suatu fenomena di mana tenaga dipindahkan melalui getarannya.
  2. Semasa perambatan gelombang, zarah-zarah perantaraan tidak dipindahkan.
  3. Maklumat dan tenaga dipindahkan apabila gelombang merambat dari satu tempat ke tempat yang lain.
  4. Terdapat dua kumpulan gelombang:
    1. Gelombang mekanikal - memerlukan suatu medium untuk perambatannya.
    2. Gelombang elektromagnet - tidak memerlukan sebarang medium untuk prerambatan (boleh merambat melalui vakum).