Total Internal Reflection and the Critical Angle
- Dalam rajah (a) di atas, sutut tuju kurang daripada sudut genting,
pembiasan berlaku.
- Dalam rajah (b), didapati bahawa pada sudut tertentu, sinar cahaya dibiaskan 90° daripada normal. Ini adalah sudut biasan maksimum yang boleh dicapai. Sudut tuju yang menyebabkan keadaan ini berlaku dinamakan segai sudut genting.
- Sudut genting, c ialah sudut tuju dalam medium yang lebih tumpat apabila sudut biasan dalam medium yang kurang tumpat ialah 90°.
- Dalam rajah (c), sinar tuju bergerak ke permukaan prisma pada satu sudut yang lebih besar daripada sudut genting c. Didapati bahawa sinar itu tidak lagi dibiaskan. Permukaan prisma bertindak sebagai satu cermin yang sempurna di mana ia memantulkan 100% cahaya yang dituju ke atasnya. Fenomena ini dinamakan sebagai pantulan dalam penuh.
- Apabila sudut tuju adalah melebihi sudut genting, c, pantulan dalam penuh berlaku.
- Syarat syarat untuk pantulan dalam penuh berlaku adalah seperti berikut:
- Cahaya mesti merambat dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat.
- Sudut tuju mesti melebihi sudut genting, c.
Indeks Biasan dan Sudut Genting
Sudut genting suatu bahan dapat dikira daripada indeks biasannya melalui persamaan berikut: