Alat-alat Optik - Kamera

Kamera



Komponen dan Fungsi

Kanta Cembung

Untuk memfokuskan cahaya objek ke filem supaya imej tajam dapat dihasilkan.

Diafragma

Untuk mengawal saiz apertur dan dengan itu mengawal jumlah cahaya dibenarkan bergerak ke dalam kamera.

Gelang fokus

Untuk mengubah jarak antara kanta dan filem supaya imej yang terbentuk menfokus pada filem.

Filem

  1. Bertindak sebagai skrin untuk pembentukan imej.
  2. Bahan kimia di atasnya akan bertindak balas apabila terdedah kepada cahaya dan menghasilkan gambar.

Pengatup (Shutter)

  1. Terbuka apabila gambar diambil untuk membolehkan cahaya bergerak ke filem.
  2. Kelajuan pengatup adalah tempoh masa apabila pengatup dibuka. Ia mengawal kuantiti cahaya mencapai ke filem itu.

Apertur

  1. Terbuka apabila gambar diambil untuk membolehkan cahaya bergerak ke filem.
  2. Kelajuan pengatup adalah tempoh masa apabila pengatup dibuka. Ia mengawal kuantiti cahaya ke filem itu.