Termometer Cecair-Dalam-Kaca

Liquid in Glass Thermometer

  1. Termometer cecair-dalam-kaca berfungsi mengikut prinsip di mana cecair mengembang apubila suhu meningkat.
  2. Cecais yang biasa digunakan ialah
    1. Merkuri
    2. Alkohol

Soal Jawab

S: Nyatakan kebaikan dan kelemahan penggunaan merkuri di dalam termometer cecair dalm kaca.

J:
Kebaikan:
  1. mudah dilihat.
  2. mengembang (atau mengecut) dengan cepat pada sebarang suhu.
  3. tidak melekat pada dinding tiub kapilari.
  4. konduktor haba yang baik
  5. mengembang dengan seragam apabila dipanaskan
  6. tidak mengewap
  7. mempunyai takat didih yang tinggi


Kelemahan:
  1. Takat beku = -39°C. Tidak sesuai untuk mengukur suhu yang lebih rendah daripada -39°C.
  2. Beracun
  3. Mahal

Soal Jawab

S: Nyatakan kebaikan dan kelemahan penggunaan alkohol di dalam termometer cecair dalm kaca.

J:
Kebaikan:
  1. Mempunyai takat beku yang rendah, iaitu -115 °C. Dapat digunakan untuk mengukur suhu lebih rendah daripada -40 °C.
  2. Lebih mudah mengembang berbanding dengan merkuri.


Kelemahan:
  1. Bersifat lutsinar. Susah dilihat. Oleh itu mesti diwarnakan.
  2. Cenderung melekat pada dinding tiub termometer.
  3. Mempunyai takat didih yang rendah, iaitu 78 °C.
  4. Mudah mengewap.

Soal Jawab

S: Nyatakan ciri-ciri bagi cecair yang sesuai digunakan dalam termometer cecair dalam kaca.


J:
  1. Mudah dilihat
  2. Konduktor haba yang baik
  3. Mengembang (atau mengecut) dengan cepat pada sebarang suhu.
  4. Tidak melekat pada dinding tiub kapilari.

Soal Jawab

S: Nyatakan bagaimana kepekaan suatu termometer cecair dalam kaca dapat ditingkatkan.


J:
  1. Menggunakan bebuli kaca yang berdinding nipis.
  2. Menggunakan tiub kapilari yang berdiameter lebih kecil
  3. Menggunakan bebuli yang lebih kecil