Prinsip Pascal
- Prinsip Pascal menyatakan bahawa tekanan yang dikenakan ke atas suatu cecair boleh dipindah ke seluruh cecair itu dengan seragam.
- Prinsip Pascal juga dikenali sebagai Prinsip Pemindahan Cecair Dalam Cecair.
Soal Jawab
S: Cadangkan satu eksperimen untuk membuktikan Prinsip PascalJ:
- Apabila omboh ditolak masuk ke sfera kaca berlubang, air dipancut keluar dengan laju yang sama ke semua arah.
- Ini menunjukkan tekanan cecair boleh dipindah ke seluruh cecair dengan seragam.
Pemindahan Tekanan Dalam Cecair - System Hidraulik
- Prinsip Pascal yang menerangkan pemindahan tekanan dalam cecair boleh digunakan dalam sistem hidraulik.
- Dalam satu sistem hidraulik (rujuk kepada rajah di atas), apabila satu daya Fl dikenakan ke atas ombok kecil X yang mempunyai luas permukaan Al , satu daya yang lebih besar F2 akan dihasilkan di omboh besar Y yang mempunyai luas permukaan A2
- Tekanan yang dihasilkan di omboh X ofleh daya Fl dipindahkan kepada omboh Y oleh cecair.
- Menurut Prinsip Pascal
- Contoh-contoh sistem hidraulik yang menggunakan prinsip Pascal ialah jek hidraulik ringkas dan brek hidraulik.
Perubahan Aras Cecair dalam System Hidraulik
- Dalam rajah di atas, apabila omboh-X ditekan ke bawah sebanyak h1, omboh-Y akan ditolak ke atas sebanyak h2.
- Jika luas permukaan di X dan Y masing-masing ialah A1 dan A2, maka perubahan aras cecair di X dan Y boleh dihitungkan dengan menggunakan persamaan berikut: