Hukum Boyle menyatakan bahawa bagi suatu gas yang jisimnya tetap, isi padunya berkadar songsang dengan tekanannya. jika suhu gas adalah malar. Iaitu
Formula:
Formula:
Penerangan
- Pada suhu yang tetap, tenaga kinetik purata molekul-molekul gas juga adalah tetap.
- Jika gas itu dimampatkan, isi padunya berkurangan dan bilangan molekul gas per unit isi padu bertambah.
- Ini menambahkan kekerapan perlanggaran di antara molekul gas dengan dinding bekas, maka tekanan gas turut bertambah.
- Kesimpulannya ialah tekanan gas bertambah apabila isi padu gas berkurang.
Graf
- Graf 1 menunjukkan bahawa tekanan gas, P adalah berkadar songsang dengan isi padu, V.
- Graf 2 menunjukkan bahawa tekanan P adalah berkadar terus dengan 1/V.
- Graf 3 dan 4 menunjukkan bahawa PV adalah sentiada malar.