Cermin Cekung

Cermin Cekung

  1. Cermin cekung melengkung ke dalam dan memantulkan cahaya dari permukaan sebelah dalamnya.
  2. Apabila sinar cahaya yang selari mengena suatu cermin cekung, sinar cahaya akan dipantul balik ke arah dalam.
  3. Semua sinar pantulan akan menumpu pada suatu titik F yang dikenali sebagai titik fokus.
  4. Jarak dari titik fokus F ke kutub cermin P ialah panjang fokus cermin melengkung, f.

Peraturan-peraturan Pembinaan Gambarajah Sinar Cermin Cekung

Peraturan 1
Sinar cahaya yang melalui pusat lengkungan C dipantul balik mengikut lintasan yang sama.



Peraturan 2
Sinar cahaya yang selari dengan paksi utama dipantul balik melalui titik fokus F.

Peraturan 3

Sinar cahaya yang melalui titik fokus dipantul balik mengikut lintasan yang selari dengan paksi utama.